KEK PISANG
▼
Friday, March 24, 2017
SAMBAL KENTANG GORENG...
SAMBAL KENTANG GORENG
rujukan : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
3 biji kentang - dibuangkan kulit
3 batang sosej - dipotong serong & digoreng (tambahan)
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil cuka
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan dikisar :
15 tangkai cili kering - direndam dalam air panas hingga lembut & toskan
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Kentang dipotong baji. Basuh dan toskan. Sosej dipotong serong.
2. Panaskan minyak dan gorengkan kentang hingga garing, manakala sosej digoreng sehingga masak.
3. Asingkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik minyak.
4. Masukkan garam, gula dan cuka. Kemudian kacau rata.
5. Masukkan sosej dan kentang yang digoreng tadi dan kacau sekali lagi.
6. Taburkan dengan hirisan daun bawang, jika suka. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment