KEK PISANG
▼
Friday, March 3, 2017
SOSEJ SAMBAL MERAH...
SOSEJ SAMBAL MERAH
rujukan : Majalah RASA Okt. 2016...
Bahan-Bahan :
10 batang sosej ayam
2 sudu makan mentega
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar - hiris tebal
1 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - titik
1 biji cili merah/hijau - hiris
1 biji tomato - belah 6 (saya tambah)
Garam secukupnya, jika perlu
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.
2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah/hijau, tomato dan serai.
3. Masak sehingga sosej itu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau sehingga pekat dan matikan api. Sedia dihidangkan...
INFO : Tidak perlu masukkan garam kerana sudah terdapat pelbagai perisa daripada sos...
No comments:
Post a Comment