KEK PISANG
▼
Monday, April 24, 2017
AYAM MASAK LEMAK CILI API...
AYAM MASAK LEMAK CILI API
rujukan : iresipi.com
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam yang siap dicuci bersih & ditoskan
12 biji cili padi - ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup - ditumbuk lumat bersama cili padi
1 batang serai - dititik
1 keping asam gelugur (jika suka)
1 helai daun kunyit - dihiris
1 kotak santan KARA atau santan segar anggaran 1 paket (200 ml)
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali dengan api paling kecil. Masukkan ayam (tidak perlu letak minyak). Tujuannya nak bagi air ayam keluar agar nanti kuah lemak tidak terasa hanyir ayam.
2. Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk lumat serta serai ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap saja. Kemudian angkat ayam bersama cili dan serai tadi. Ketepikan seketika.
3. Kemudian panaskan santan sahaja di dalam periuk. Panaskan dengan api kecil sehingga santan mendidih.
4. Kemudian masukkan kembali ayam yang telah digaul bersama cili api, kunyit dan serai tadi ke dalam santan di atas api kecil. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian. Kacau-kacau jangan bagi santan pecah minyak. Masukkan asam gelugur (jika guna). Masukkan garam secukup rasa dan akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit. Biarkan mendidih seketika, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment