KEK PISANG
▼
Saturday, April 1, 2017
AYAM MASAK UNGKEP...
AYAM MASAK UNGKEP
rujukan : Majalah RASA Mei 2016...
Bahan-Bahan :
1 kg ayam - potong 10
2 batang serai - dititik
750 ml air
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
1/2 keping asam gelugur
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar :
5 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
7 biji cili padi
3cm kunyit
3cm halia
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
Cara Memasak :
1. Lumurkan ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Ketepikan seketika.
2. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan serai dan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata hingga ayam kelihatan kecut atau berubah warna.
4. Tambahkan asam gelugur, air, garam, gula dan bahan perasa secukupnya. Tutup kuali rapat-rapat. Kacau sekali-sekala untuk memastikan ayam tidak hangus kekeringan atau hancur.
5. Apabila kuah kelihatan kering dan ayam empuk, padamkan api. Sedia untuk dinikmati...
INFO : Jika sukakan hidangan lebih berkuah, tidak perlu dimasak sehingga kering...
No comments:
Post a Comment