KEK PISANG
▼
Sunday, April 30, 2017
CHAR KUETIAU...
CHAR KUETIAU
Bahan-Bahan :
1 paket kuetiau atau 500 gm
300 gm udang - dibuang kulit, cuci bersih & toskan
1 ikat daun kucai - dipotong 1 inci
1 cawan tauge
1 keping tauhu basah - digoreng & dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang putih - dititik
4 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tomato
1-2 biji telur
1 biji tomato - dipotong kecil (tak letak)
2 sudu besar minyak masak
Sedikit kerang rebus (jika suka)
Garam secukunya (jika perlu)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan kicap.
3. Masukkan udang, kerang rebus, sos tomato dan sedikit air (jika perlu). Kemudian kacau rata.
4. Pecahkan telur dan biarkan keras sebentar. Kemudian kacau sebati.
5. Masukkan kuetiau, tomato, tauhu, tauge dan kucai. Kacau rata dan tutup api.
6. Hidangkan dengan lada jeruk...
No comments:
Post a Comment