KEK PISANG
▼
Monday, April 3, 2017
PAJERI TERUNG...
PAJERI TERUNG
rujukan : iresipi.com
Bahan-Bahan :
3 biji terung panjang ; sederhana kecil
3 sudu besar minyak masak
1 1/2 cawan santan pekat
3 sudu besar serbuk rempah kari daging ; dibancuh dengan sedikit air menjadi pes
1 sudu besar kerisik
Rempah tumis (kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga)
Bahan dikisar halus :
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1cm halia
1 sudu besar udang kering ; direndam hingga lembut & toskan
Cara Memasak :
1. Potong terung memanjang bersaiz lebih kurang sejengkal. (Selepas itu saya gorengkan sekejap sekadar terung layu sedikit dan berubah warna).
2. Di dalam periuk, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama rempah tumis sehingga naik bau. Kemudian masukkan rempah kari yang telah dibancuh tadi. Masak sehingga pecah minyak.
3. Masukkan terung, kacau seketika. Tuangkan santan pekat dan kerisik. Masak sehingga kuah menjadi pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. (Lebihkan sedikit gula kerana pajeri adalah kari terung yang berkuah lemak manis).
No comments:
Post a Comment