KEK PISANG
▼
Sunday, April 16, 2017
SAMBAL SARDIN...
SAMBAL SARDIN
rujukan : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
1 tin besar sardin
3 sudu besar sos tomato
2 biji tomato - dibelah 4
1 labu bawang besar - dihiris kasar
5 biji limau kasturi - diambil jusnya
3 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
Sedikit kicap manis, untuk warna sambal sedikit cantik (jika suka)
Bahan Dikisar :
15 tangkai cili kering - direndam seketika
10 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi dan naik minyak.
2. Masukkan sardin, bawang besar dan sos tomato. Kemudian kacau rata.
3. Masukkan buah tomato, sedikit kicap manis (jika guna) dan kacau rata.
4. Sesuaikan rasanya, tutup api dan masukkan jus limau.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment