KEK PISANG
▼
Monday, April 24, 2017
SOSEJ SAMBAL MERAH...
SOSEJ SAMBAL MERAH
rujukan : Majalah RASA Okt. 2016...
Bahan-Bahan :
10 batang sosej ayam - dipotong menyerong kira-kira 2 inci
2 sudu makan mentega
5 sudu makan sos cili
4 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
1 biji bawang besar - hiris tebal
1 ulas bawang putih - ketuk
1 batang serai - titik
1 biji cili merah - hiris
sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan mentega dan goreng sosej yang telah dipotong menyerong kira-kira 2 inci.
2. Selepas itu masukkan bawang besar yang telah dihiris sedikit tebal, bawang putih, cili merah dan serai. Masak sehingga sosej tu kembang. Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga pekat, sesuaikan rasanya dan matikan api. Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka) dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment