KEK PISANG
▼
Sunday, May 7, 2017
AYAM MASAM-MASAM MANIS...
AYAM MASAM-MASAM MANIS
rujukan : SAJI Januari 2003...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong 12, dibersihkan & toskan
3 labu bawang besar - dipotong bulat
2 tangkai cili merah - dipotong menyerong
2 tangkai daun bawang - dipotong 3 cm
4 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih *
4 cm halia *
6 ulas bawang merah * (* ditumbuk halus)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menggoreng dan menumis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Ayam ditoskan kemudian digaul dengan garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng hingga masak (tidak perlu garing).
2. Panaskan minyak di dalam kuali lain dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik aromanya dan masukkan sos cili, kicap dan sedikit air.
3. Bila kuah mendidih dan pekat, masukkan ayam yang digoreng tadi, bawang besar, cili merah, garam dan gula secukupnya. Kacau hingga rata dan bila bawang layu sedikit, taburkan daun bawang dan angkat. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment