BENDI GORENG TUMIS
rujukan : RASA Disember 2016...
Bahan-Bahan :
10 batang bendi - bersihkan & potong menyerong
2 sudu makan kicap manis
2 sudu makan sos tiram
Minyak masak secukupnya
Bahan Kisar :
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 sudu makan udang kering (saya guna ikan bilis)
1 biji cili merah
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau.
2. Masukkan bendi, sos tiram dan kicap manis. Gaul sehingga masak. Perasakan dengan garam secukup rasa.
3. Angkat dan sedia dinikmati...
INFO : Tidak perlu goreng bendi terlalu lama agar ianya masih rangup bila dimakan...
No comments:
Post a Comment