KEK PISANG
▼
Saturday, May 13, 2017
IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI...
IKAN SIAKAP SAMBAL SERAI
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 labu bawang besar - dimayang
2 batang serai - dititik
1/4 cawan air asam jawa
Sedikit tepung jagung - untuk salut ikan
Garam & gula secukup rasa
Daun sup - hiris sebagai hiasan
Bahan Dikisar :
4 biji bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
3 sudu besar cili kisar
Cara Memasak :
1. Ikan dibersihkan, cuci bersih dan toskan. Kelar-kelarkan sikit permukaannya.
2. Lapkan dengan tisu dapur dan lumurkan sedikit garam. Kemudian lumurkan pula dengan sedikit tepung jagung dan gorengkan terendam dalam minyak.
3. Setelah masak, angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
4. Panaskan minyak dalam 1/2 cawan dan tumiskan bawang besar yang dimayang sehingga sedikit layu. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumiskan sehingga naik bau dan naik minyak.
5. Masukkan serai yang dititik tadi dan gaul lagi (tambahkan sedikit air sekiranya perlu).
6. Masukkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa, sesuaikan rasanya.
7. Sekiranya sudah cukup rasanya, tutup api dan tuangkan ke atas ikan yang telah digoreng tadi, sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment