KEK PISANG
▼
Monday, May 8, 2017
TELUR GORENG MASAK KICAP...
TELUR GORENG MASAK KICAP
rujukan : SAJI 2008 (Edisi Pra Ramadan)...
Bahan-Bahan :
5 biji telur ayam - digoreng mata kerbau satu persatu
1 biji tomato - dipotong ikut citarasa
8 ulas bawang merah *
8 ulas bawang putih *
2 cm halia *
5 biji cili padi * (* dihiris)
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan sos cili
1 sudu teh gula
60 ml air
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk taburan
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi.
2. Kemudian masukkan sos tiram, kicap cair, kicap pekat, sos cili, garam dan gula secukup rasa.
3. Gaul mesra dan biarkan mendidih. Masukkan tomato, biarkan seketika hingga tomato agak layu.
4. Kemudian masukkan telur yang telah digoreng dan gaul mesra.
5. Taburkan dengan hirisan daun bawang (jika suka).
6. Sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment