KEK PISANG
▼
Sunday, May 14, 2017
TELUR MASAK KURMA...
TELUR MASAK KURMA
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
5 biji telur yang telah direbus & dikupas kulit
5 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 biji bawang besar *
2 cm halia *
Sejemput ikan bilis - cuci bersih & toskan * (* bahan-bahan ni dikisar)
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 keping asam gelugur/asam keping
Garam & gula secukupnya
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
3 sudu besar serbuk rempah kurma
1 sudu kecil lada hitam kisar kasar
1 cawan santan pekat
Air secukupnya
2 biji cili merah/hijau - dibelah tanpa putus
2 biji bawang besar - belah 4 atau 6
1 biji buah tomato - belah 4 (tak letak)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam periuk, tumiskan rempah 4 sekawan (kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga) dan bahan-bahan kisar.
2. Kacau sehingga naik bau. Masukkan serbuk rempah kurma dan tumiskan lagi.
3. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau rata.
4. Perlahankan api dan masak sehingga pecah minyak.
5. Masukkan telur dan masak sehingga mendidih.
6. Masukkan santan, kemudian masukkan asam gelugur/asam keping, bawang besar yang dibelah 6, cili merah/hijau, gula dan garam secukup rasa.
7. Masak sehingga naik minyak dan kuah agak pekat. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment