KEK PISANG

Thursday, June 22, 2017

KUIH BUAH MELAKA KUKUS...







KUIH BUAH MELAKA KUKUS
rujukan :    you.tube ~ Buat Orang Lapo...



Bahan-Bahan :

2  cawan  tepung pulut
2  sudu besar  tepung gandum
200  ml  air pandan  (kisar daun pandan dalam 3 helai & ambil airnya)
1/2  sudu teh  pewarna hijau atau secukupnya
Gula kabung/gula melaka secukupnya  ~  dipotong dadu kecil


Bahan Untuk Kuah :

400  ml  santan sederhana cair
1/2  sudu besar  tepung gandum
Sedikit garam


Cara-Cara :

1.  Satukan tepung pulut dan tepung gandum di dalam bekas.

2.  Masukkan pewarna hijau ke dalam air pandan dan masukkan air ini ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil menguli.  Uli adunan sehingga tidak melekat pada tangan.

3.  Untuk membuat kuah :  Masukkan tepung gandum dan garam ke dalam santan dan kacau.

4.  Letakkan sedikit kuah santan ke dalam loyang supaya adunan tepung tidak melekat.  (Senang nak ambil kuih bila dah masak).

5.  Ambil adunan tepung yang telah di uli dan bulatkan kecil-kecil.  Masukkan gula kabung/gula melaka ke dalam tepung dan bulatkan kembali.

6.  Terus letakkan tepung yang telah dibulatkan ke dalam loyang yang berisi sedikit kuah santan tadi.  Buat sampai habis.

7.  Masukkan kesemua baki kuah santan ke dalam loyang tadi.  Kalau nak kuah banyak, boleh tambahkan santan.

8.  Panaskan kukusan terlebih dahulu.  Kukus selama lebih kurang 15 minit atau sehingga masak sepenuhnya.  Siap untuk dihidangkan...


 



BISKUT SEMPERIT SUSU...







BISKUT SEMPERIT SUSU
rujukan :    ruzita'skitchen...



Bahan-Bahan :    (anggaran :  97 pcs)

200  gm  susu pekat manis
400  gm  tepung jagung
200  gm  mentega  (jika guna mentega berkualiti lagi sedap)


Cara-Cara :

1.  Pukul susu pekat dan mentega sekadar sebati sahaja.  Saya menggunakan senduk kayu saja.

2.  Selepas itu masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit.

3.  Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Adunan jangan terlampau keras nanti tidak terdaya untuk menekan.  (Jika ingin membuat corak pelangi, adunan dibahagian kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna pilihan).

4.  Masukkan adunan ke dalam acuan semperit dan tekankan ke atas dulang pembakar.

5.  Hiaskan dengan gula manik hiasan atau sebarang hiasan yang digemari.

6.  Bakar selama 15 minit atau sehingga kelihatan sedikit keperangan pada suhu 170'C.  (Oven hendaklah dipanaskan 15 minit awal)...

 



CHOCOLATE OAT CRIPS...









CHOCOLATE OAT CRIPS
rujukan :    Zubaidah Che Pa...



Bahan-Bahan :

250  gm  mentega
120  gm  gula kastor
140  gm  oats  ~  bakar seketika & kisar
2  sudu besar  serbuk koko
220  gm  tepung gandum


Hiasan/Bahan Salut :

50  gm  susu tepung
50  gm  gula aising  ~  ayak


Cara-Cara :

1.  Pukul mentega dan gula kastor sehingga berkrim dan sebati.

2.  Masukkan bahan lain dan uli lembut sehingga tidak melekat di tangan.

3.  Canai dan terap dengan acuan segi empat tepat atau acuan pilihan.

4.  Panaskan oven terlebih dulu (anggaran 15 minit).  Bakar pada suhu 140'C selama 30 minit atau sehingga keperangan dibahagian bawahnya.

5.  Setelah biskut sejuk, gaulkan dengan susu tepung dan gula aising.

6.  Simpan di dalam bekas kedap udara...

Wednesday, June 21, 2017

GREEN PEA COOKIES...









GREEN PEA COOKIES
adapted from :    jeannietay.wordpress.com



Ingredients :

185  gm  green pea (preferably without coating) OR green pea powder
138  gm  plain flour
138  gm  peanut oil OR other cooking oil
100  gm  icing sugar  
46  gm  corn starch OR potato starch  (46 gm)
1/2  tsp  salt


Directions :

1.  Preheat oven to 170'C.  Centre rack.

2.  Measure out all the dry ingredients and sift it together into a large mixing bowl.

3.  Add the oil into the flour mixture and mix until well combined.

4.  Measure/scale about 8 gm and shape into balls and place on baking sheet.  (I use 1/2 tbsp measuring spoon to scale it).

5.  Poke a hole into the middle of the balls with the thicker end of a chopstick and apply egg wash.

6.  Bake for 20 minutes or until golden.  Store in an airtight container once cooled...

Tuesday, June 20, 2017

ONDEH-ONDEH KELEDEK...










ONDEH-ONDEH KELEDEK




Bahan-Bahan :

1  cawan  isi keledek  (150 gm)
1 1/2  cawan  tepung pulut  (150 gm)
1/4  sudu teh  garam
1  keping  gula melaka  ~  dipotong kiub kecil
Kelapa parut muda bahagian putih  ~  kukus sebentar bersama sedikit garam
Air secukupnya untuk merebus


Cara-Cara :

1.  Kupas kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk.  Toskan.

2.  Lecek ubi ketika masih panas.  Gaulkan bersama tepung pulut dan garam.

3.  Masukkan air secukupnya sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di jari.

4.  Ambil doh sebesar ibu jari, leperkan dan masukkan satu kiub gula melaka, bulatkan kembali.

5.  Masak air sehingga mendidih, masukkan bebola doh tadi dan rebus sehingga bebola doh terapung di permukaan air.

6.  Toskan dengan penapis berlubang dan golekkan di atas parutan kelapa parut.

7.  Sedia untuk dihidangkan...

Monday, June 19, 2017

SERAWA MANGGA HARUMANIS...









SERAWA MANGGA
rujukan :    fizanordin.blogspot.my




Bahan-Bahan :

2  biji  mangga yang masak 
1  cawan  santan segar
1  cawan  air
1/2  cawan  gula *
1  sudu kecil  garam *   ( * ikut selera masing-masing ye )


Cara-Cara :

1.  Jerangkan santan yang dicampur dengan air bersama gula dan garam.  Gunakan api perlahan dan hendaklah sentiasa dikacau untuk mengelakkan pecah lemak dan santan meruap.  Bila gula sudah larut/sebati, tutup api dan ketepikan.

2.  Kupas kulit mangga dan dipotong kiub atau ikut citarasa.  Masukkan ke dalam cawan/gelas dan tuangkan kuah santan.  Boleh juga ditambahkan ais kiub untuk hidangan dingin...

CEK MEK MOLEK...










CEK MEK MOLEK
rujukan :    Chef Hanieliza...




Bahan-Bahan :

500  gm  keledek
1/2  cawan  tepung gandum
1/2  cawan  gula pasir
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng


Cara-Cara :

1.  Rebuskan keledek dengan sedikit garam sehingga empuk.
2.  Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3.  Gaulkan dengan tepung gandum.
4.  Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir ke dalamnya.
5.  Kemaskan bentuk kuih supaya gula pasir tidak terkeluar.
6.  Goreng menggunakan minyak yang banyak sehingga kekuningan.
7.  Angkat kuih dan toskan minyak.
8.  Sedia dihidangkan...


TIP :  Keledek boleh juga digantikan dengan labu ataupun kentang..kuih ini agak renyah untuk membentuknya kerana adunan agak lembik...

IKAN SIAKAP MASAK TAUCHU...









IKAN SIAKAP MASAK TAUCHU




Bahan-Bahan :

1  ekor  ikan siakap bersaiz sederhana  ~  dicuci bersih & toskan
2  sudu makan  tauchu
1  biji  bawang besar  ~  hiris
2  ulas  bawang putih  ~  hiris
1  biji  cili merah  ~  hiris
1  biji  cili hijau  ~  hiris
3  cm  halia  ~  hiris
3-4  biji  cili padi
1  sudu teh  pes asam jawa  ~  dibancuh dengan sedikit air
Air secukupnya  (anggaran 100 ml)
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya


Cara Memasak :

1.  Lumur ikan bersama garam dan kunyit, kemudian goreng sehingga garing dan masak.  Ketepikan.

2.  Keluarkan minyak, tinggalkan sedikit untuk menumis.  Tumis bawang putih, bawang besar dan halia yang dihiris sehingga wangi.

3.  Masukkan cili merah, cili hijau dan cili padi.

4.  Kemudian masukkan taucu, kacau sebentar, masukkan air dan air asam jawa.

5.  Masak sehingga mendidih dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa, tutup api.

6.  Akhir sekali tuangkan ke atas ikan yang digoreng tadi dan sedia dihidangkan.

Sunday, June 18, 2017

PULUT MANGGA THAI/HARUMANIS...










PULUT MANGGA THAI/HARUMANIS
rujukan :    citarasawan...




Bahan-Bahan :

2  biji  mangga  ~  potong ikut suka
250  gm  beras pulut  ~  direndam semalaman atau 4 jam
100  ml  santan segar/santan kotak + 1/4 sudu teh garam
2  helai  daun pandan  ~  di carik
2  sudu besar  bijan  ~  digoreng tanpa minyak (saya tambah)


Bahan Sos Santan :

150  ml  santan kotak KARA
150  ml  air
4  sudu besar  gula perang atau gula kastor
1/4  sudu teh  garam
2  helai  daun pandan  ~  disimpul
4  sudu teh  tepung jagung  ~  larutkan dengan sedikit air


Cara-Cara :

1.  Toskan beras pulut dan kukus selama 15 minit.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.

2.  Gaulkan bersama santan sehingga rata.  Masukkan kembali ke dalam pengukus bersama daun pandan.

3.  Kukus semula selama 20 minit atau sehingga masak sepenuhnya.

4.  Sos santan :  Satukan kesemua bahan sos kecuali tepung jagung.  Masak sehingga gula larut.  Kemudian masukkan larutan tepung jagung dan masak sehingga sos kelihatan pekat.

5.  Hidangkan pulut bersama mangga dan sos santan.  Taburkan sedikit bijan...

PAPRIK SEAFOOD...









PAPRIK SEAFOOD
rujukan :    resipisedap/MAHN@Fauziah Yahya...




Bahan A :

100  gm  sotong  ~  dipotong
100  gm  udang  ~  dikupas kulit
100  gm  bunga kobis  ~  dipotong
5  gm  kacang panjang  ~  dipotong
1/2  biji  bawang Holland  ~  dihiris
1/2  tangkai  cili merah  ~  dihiris
2  tangkai  cili padi
1  batang  serai  ~  dititik
Sedikit daun limau purut


Bahan B :

3  ulas  bawang putih  ~  dihiris/dicincang
2  sudu besar  cili kisar
Sedikit minyak masak


Bahan C :

2  sudu besar  sos tiram
1  sudu besar  sos cili
Sedikit kicap pekat
Garam & gula secukupnya


Cara Memasak :

1.  Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya dan tumiskan Bahan B dan serai sehingga naik bau.
2.  Kemudian masukkan udang dan sotong.
3.  Biarkan seketika, lalu masukkan Bahan A dan biarkan selama 2 minit sambil dikacau.
4.  Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih seketika, tutup api.
5.  Sedia dihidangkan...