KEK PISANG
▼
Sunday, June 18, 2017
PAPRIK SEAFOOD...
PAPRIK SEAFOOD
rujukan : resipisedap/MAHN@Fauziah Yahya...
Bahan A :
100 gm sotong ~ dipotong
100 gm udang ~ dikupas kulit
100 gm bunga kobis ~ dipotong
5 gm kacang panjang ~ dipotong
1/2 biji bawang Holland ~ dihiris
1/2 tangkai cili merah ~ dihiris
2 tangkai cili padi
1 batang serai ~ dititik
Sedikit daun limau purut
Bahan B :
3 ulas bawang putih ~ dihiris/dicincang
2 sudu besar cili kisar
Sedikit minyak masak
Bahan C :
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
Sedikit kicap pekat
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali, masukkan minyak masak secukupnya dan tumiskan Bahan B dan serai sehingga naik bau.
2. Kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Biarkan seketika, lalu masukkan Bahan A dan biarkan selama 2 minit sambil dikacau.
4. Akhir sekali masukkan bahan C dan biarkan ia mendidih seketika, tutup api.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment