KEK PISANG
▼
Saturday, June 10, 2017
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL, MUDAH & ENAK...
IKAN CENCARU SUMBAT SAMBAL
rujukan : Azie Kitchen
Bahan-Bahan :
2 ekor ikan cencaru
3 sudu besar cili kering kisar
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit belacan
Gula & garam secukupnya
Air asam jawa secukupnya
Cara Memasak :
1. Ikan cencaru dibelah belakang dan dibersihkan. Lumur ikan cencaru bersama garam.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian masukkan cili kering kisar. Akhir sekali masukkan garam, gula secukupnya dan sedikit air asam jawa.
3. Masukkan bahan kisar/tumbuk tersebut ke bahagian belakang ikan yang dibelah tadi.
4. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali dan gorengkan ikan sehingga garing (saya bakar menggunakan magic pan jer)...
No comments:
Post a Comment