KEK PISANG
▼
Thursday, June 8, 2017
SAMBAL IKAN LADA HIJAU...
SAMBAL IKAN LADA HIJAU
rujukan : yatiememories...
Bahan-Bahan :
5 keping ikan pari (saya guna ikan sardin segar)
3 sudu besar pati santan (lebihkan sedikit jika mahu berkuah - saya guna santan kotak)
1 biji bawang besar - dihiris bulat
3 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
5 biji cili hijau *
8-10 biji cili padi *
Segenggam ikan bilis, direndam selama 5 minit & toskan *
1 cm belacan * ( * dikisar halus )
1 keping asam gelugur
2 biji limau kasturi - ambil jusnya
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Ikan dicuci bersih, lumurkan dengan sedikit kunyit dan garam, gorengkan sehingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
2. Di dalam kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya, tumiskan bahan kisar halus sehingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masukkan asam gelugur (kalau guna). Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ikan dan hirisan bawang besar, gaul rata dan masak sehingga pekat dan bawang besar lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi (jika guna), gaul rata dan angkat. Hidangkan panas-panas...
No comments:
Post a Comment