SAMBAL TERUNG
rujukan : SAJI Oktober 2016...
Bahan-Bahan :
3 batang terung bulat - potong baji
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1/2 kiub pati ayam
4 sudu besar cili kisar
4 ulas bawang merah - tumbuk hancur
3 ulas bawang putih - tumbuk hancur
Sedikit minyak masak
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, goreng terung sehingga layu. Angkat. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih bersama cili kisar sehingga terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula dan kiub pati ayam. Kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan terung yang digoreng tadi dan gaul sebati.
5. Hidangkan...
No comments:
Post a Comment