KEK PISANG
▼
Friday, June 2, 2017
SET NASI TOMATO YANG SIMPLE & ENAK...
NASI TOMATO
rujukan : Chef Hanieliza...
Bahan A :
5 cawan beras basmati
4 biji tomato - dicincang
1/2 cawan susu cair
6 cawan air
1/2 cawan sos tomato
3 sudu makan minyak sapi
Garam secukup rasa
Bahan B : (Tumisan)
3 ulas bawang putih *
5 biji bawang merah *
1 inci halia * ( * dikisar )
2 batang serai - dititik
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 helai daun pandan - disimpul
Cara Memasak :
1. Basuh beras dan rendamkan selama 30 minit. Toskan.
2. Panaskan minyak sapi di dalam kuali ataupun periuk kemudian tumiskan bahan B sehingga wangi.
3. Masukkan tomato dan garam. Gaul rata. Kemudian masukkan susu cair, air dan sos tomato. Biarkan mendidih.
4. Pindahkan bahan tumisan ke dalam periuk nasi elektrik yang sudah dimasukkan beras. Biarkan masak.
5. Apabila nasi sudah kering, kacau rata perlahan-lahan bagi mengelakkan nasi hancur.
6. Hidangkan bersama ayam masak merah dan acar mentah.
AYAM MASAK MERAH
rujukan : Surianti Ramli...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam - dipotong & dibersihkan
6 sudu besar penuh cili kisar (anggaran 15 tangkai cili kering)
10 ulas bawang merah *
2 biji buah tomato * ( * dikisar )
1 labu bawang besar - dipotong baji
4 ulas bawang merah - dihiris nipis untuk tumis
3 ulas bawang putih - dihiris nipis untuk tumis
1 inci halia - diracik halus (untuk tumis)
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Cara Memasak :
1. Ayam diperisakan dengan garam halus dan serbuk kunyit. Goreng ayam sehingga masak keemasan. Ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
3. Bila telah naik baunya, masukkan cili kisar, bawang kisar, buah tomato kisar dan sedikit air (jika perlu).
4. Masak dengan api perlahan sehingga mendidih, masukkan garam serta gula secukup rasa.
5. Masukkan ayam goreng serta bawang besar yang dipotong baji dan masak sehingga pecah minyak.
ACAR MENTAH
Bahan-Bahan :
100 gm lobak merah - dihiris memanjang
100 gm timun - dihiris memanjang
1 biji cili merah - dihiris memanjang
1 sudu makan cuka
1 sudu makan gula
1 sudu teh garam
Cara Penyediaan :
1. Campurkan semua bahan hirisan di dalam satu bekas dan ketepikan.
2. Kemudian campurkan garam, gula dan cuka. Gaul sebati.
3. Tuangkan bancuhan cuka ke dalam bekas berisi bahan hirisan dan gaul rata.
4. Acar sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment