KEK PISANG
▼
Wednesday, July 12, 2017
DAGING MASAK HITAM...
DAGING MASAK HITAM
rujukan : dapur-mamasya...
Bahan-Bahan :
1 kg. daging ~ dipotong nipis (saya guna daging batang pinang)
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 kuntum bunga lawang
2 inci kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat
Air asam jawa secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Bahan Kisar :
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
20 tangkai cili kering atau 2 sudu besar cili kering siap kisar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil ketumbar (jika suka)
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak masak secukupnya. Tumiskan bahan hiris, bunga lawang dan kayu manis sehingga berbau wangi. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga garing dan terbit minyak.
2. Masukkan daging, air secukupnya dan renihkan sehingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, air asam jawa dan garam secukup rasa. Tambahkan aji-no-moto, jika suka. Biarkan kuah agak pekat dan secukup rasa. Bila daging telah cukup empuk bolehlah dihidangkan. (sekiranya daging masih tidak cukup empuk, bolehlah ditambahkan lagi air dan masak lagi sehingga kuah agak kering)...
No comments:
Post a Comment