KEK PISANG
▼
Wednesday, July 12, 2017
NASI HUJAN PANAS...
NASI HUJAN PANAS
rujukan : tiffinbiru@CMG...
Bahan-Bahan :
4 cawan beras basmathi ~ rendam 30 minit & toskan
5 cawan air atau air rebusan ayam
1 cawan susu sejat IDEAL
2 helai daun pandan ~ disimpul
1 inci halia ~ hiris
3 ulas bawang putih ~ titik
1 biji bawang besar ~ hiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 sudu besar penuh minyak sapi atau mentega
Garam secukup rasa
Sedikit pewarna merah, hijau & kuning
Hiasan :
Hirisan daun sup/bawang
Gajus goreng, bawang goreng, kismis & kacang pis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak sapi di dalam kuali. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga sehingga berbau harum. Masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan daun pandan. Tumiskan sehingga layu dan wangi. Masukkan beras dan kacau rata. Goreng beras tadi selama 1 minit. Matikan api.
2. Alihkan beras ke dalam periuk nasi elektrik. Tuangkan air dan susu sejat, garam secukup rasa dan gaul rata. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi hampir kering, buatkan beberapa lubang dan letakkan warna-warna berbeza. Biarkan sekejap, bila nasi masak matikan suis.
3. Taburkan kismis dan gajus (tinggalkan sedikit untuk hiasan), menggunakan chopstick, gemburkan nasi tadi sehingga menjadi berwarna-warni. Berhati-hati agar nasi tidak patah. Biarkan seketika. Taburkan dengan baki kismis, gajus dan juga hirisan daun sup/bawang, kacang pis dan bawang goreng...
No comments:
Post a Comment