KEK PISANG
▼
Wednesday, July 12, 2017
SAMBAL TERUNG...
SAMBAL TERUNG
rujukan : Chef Hanieliza...
Bahan-Bahan :
2 biji terung panjang
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar ~ dihiris
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa
Bahan Ditumbuk/Dikisar :
10 tangkai cili kering ~ rendam dalam air panas sehingga lembut
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan (jika suka)
Cara Memasak :
1. Terung dipotong pendek dan dibelah tengah tanpa putus.
2. Gaulkan terung dengan serbuk kunyit dan garam.
3. Panaskan minyak dan goreng terung hingga garing. Angkat dan ketepikan.
4. Tinggalkan separuh minyak dan tumiskan bahan yang ditumbuk/dikisar hingga naik minyak.
5. Masukkan terung, bawang besar dan garam. Kemudian kacau rata.
6. Sedia dihidangkan...
sedapnyer...
ReplyDelete