KEK PISANG
▼
Saturday, August 19, 2017
AYAM MASAK LEMAK CILI API...
AYAM MASAK LEMAK CILI API
rujukan : iresipi.com
Bahan-Bahan :
Ayam yang siap dibasuh & ditoskan (saya guna 1/2 ekor)
10 biji cili api ~ ditumbuk lumat
1 inci kunyit hidup ~ ditumbuk lumat bersama cili api
1 batang serai ~ dititik
1 keping asam gelugur (jika suka)
1 helai daun kunyit ~ dihiris
1 kotak santan KARA atau santan segar 1 paket@200 ml
1 cawan air
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Panaskan kuali dengan api paling kecil. Masukkan ayam (tidak perlu letak minyak). Tujuannya nak bagi air ayam keluar agar nanti kuah lemak tidak rasa hanyir ayam. Masukkan sekali cili api dan kunyit hidup yang telah ditumbuk ke dalam kuali dan digaul bersama ayam. Gaul dan panaskan sekejap saja. Kemudian angkat ayam bersama cili dan serai tadi. Ketepikan seketika.
2. Panaskan santan sahaja di dalam periuk. Panaskan dengan api kecil sehingga santan mendidih. Kemudian masukkan kembali ayam yang telah digaul bersama cili api, kunyit dan serai tadi ke dalam santan di atas api kecil. Masukkan sedikit air ikut kesesuaian. Kacau-kacau jangan bagi santan pecah minyak. Masukkan asam gelugur (jika guna). Masukkan garam secukupnya dan akhir sekali hirisan daun kunyit. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment