KEK PISANG
▼
Saturday, August 12, 2017
SUP ISI KETAM...
SUP ISI KETAM
rujukan : www.rasa.my...
Bahan-Bahan :
1 tin jagung manis (tak letak)
1 biji ubi kentang ~ kupas kulit & potong dadu (tambahan)
200 gm isi ketam ~ dicarik halus
2 biji telur
1000 ml air
1 kiub pati ayam Knorr
1 sudu besar tepung jagung ~ dibancuh dengan sedikit air
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh gula
Suun secukupnya ~ direndam sehingga lembut (tambahan)
Bawang goreng & hirisan daun bawang secukupnya untuk hiasan
Cara Memasak :
1. Didihkan air di dalam periuk bersama kiub pati ayam. Setelah kiub pati ayam larut, masukkan ubi kentang. Biarkan sehingga ubi kentang empuk. Kemudian masukkan isi ketam dan jagung manis. Biarkan sehingga mendidih. Masukkan garam dan gula secukupnya.
2. Pecahkan telur di dalam mangkuk yang berlainan. Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam sup. Sentiasa dikacau untuk memastikan telur hancur dan tidak berketul.
3. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan air. Masukkan juga suun (buang air rendamannya), jika guna. Setelah mendidih matikan api.
4. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan hirisan daun bawang, jika suka...
No comments:
Post a Comment