KEK PISANG
▼
Saturday, August 19, 2017
SUP LOBAK PUTIH...
SUP LOBAK PUTIH@WHITE RADISH SOUP
rujukan : resipicitarasawan...
Bahan-Bahan :
1 batang lobak putih, kecil
1 batang lobak merah, kecil
1 batang leek (saya gantikan dengan 2 tangkai sayur sawi)
1 tangkai daun bawang (tak letak)
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil pati ayam
3 cawan air
Sedikit minyak untuk menumis
Secubit garam & lada putih
Cara Penyediaan :
1. Kupas dan potong bulat lobak putih dan lobak merah.
2. Potong leeks dan daun bawang ikut suka.
3. Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris sehingga naik bau.
4. Buangkan minyak menumis, masukkan air dan pati ayam, masak sehingga mendidih.
5. Masukkan potongan lobak putih dan lobak merah, biarkan mereneh sekejap.
6. Akhir sekali masukkan leeks. Perasakan dengan sedikit garam dan lada putih.
7. Masukkan ke dalam mangkuk hidangan, taburkan dengan daun bawang, bawang goreng dan daun sup (jika suka)...
INFO : Sup ini sangat berkhasiat untuk wanita dalam pantang...
No comments:
Post a Comment