KEK PISANG
▼
Tuesday, August 1, 2017
TUMIS KACANG PANJANG...
TUMIS KACANG PANJANG
TELUR MASIN
rujukan : Fiza's Cooking...
Bahan-Bahan :
300 gm kacang panjang ~ dipotong sepanjang 1 inci
1 sudu besar belacan atau tumbuk 1 tangkai cili merah dengan 1 sudu teh belacan
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh serbuk lada sulah
1/4 cawan air
5 ekor udang saiz sederhana ~ dibuang kulitnya
1 biji telur masin ~ direbus & belah dua (1 bahagian dicincang & satu bahagian lagi dipotong baji)
Bahan Tumis :
2 sudu besar minyak masak
2 ulas bawang putih ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1/2 tangkai cili merah ~ dihiris
Bahan Sos :
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1/2 sudu besar sos sotong
Cara Memasak :
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili merah hingga harum dan keperangan.
2. Masukkan kacang panjang dan udang sambil dikacau.
3. Masukkan air dan masak hingga kacang lembut sedikit.
4. Seterusnya masukkan bahan sos, serbuk lada sulah dan gula sambil dikacau. Jika kuah agak pekat, bolehlah dimasukkan sedikit air lagi. Masukkan juga 1 sudu besar sambal belacan.
5. Masukkan pula sebahagian telur masin yang dihancurkan dan kacau rata serta tutup api dapur.
6. Hidangkan sayur yang telah masak dengan menabur sebahagian lagi telur masin yang dipotong...
No comments:
Post a Comment