KEK PISANG
▼
Friday, September 22, 2017
IKAN GORENG BERLADA STAIL MINANG...
IKAN GORENG BERLADA
STAIL MINANG
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
4 keping ikan merah ~ lumurkan garam kunyit (saya guna ikan kembung)
10 biji cili merah
6 ulas bawang merah
1 keping asam gelugur/air asam jawa (saya ganti dengan tomato)
1 biji tomato ~ dipotong ikut suka
Garam & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Goreng ikan sehingga garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumbuk/kisar cili dan bawang merah sehingga hancur.
3. Tumis bahan tumbuk/kisar sehingga pecah minyak.
4. Masukkan asam gelugur/tomato, garam dan gula serta sedikit air. Biarkan seketika.
5. Akhir sekali masukkan ikan yang telah digoreng ke dalam kuali dan gaul rata.
6. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment