KEK PISANG
▼
Friday, September 8, 2017
IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA ALA THAI...
IKAN SIAKAP MASAK 3 RASA ALA THAI
rujukan : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
1-2 ekor ikan siakap bersaiz kecil
Serbuk kunyit & garam secukupnya
Bahan-Bahan Sos :
3 ulas bawang putih ~ hiris
1 cm halia ~ hiris kasar
8 biji cili padi ~ ketuk
3 biji cili merah ~ hiris
2 batang serai ~ titik
1 batang bunga kantan ~ dipotong kecil
4 helai daun limau purut
1/2 cawan sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos ikan
Air secukupnya
Garam & gula secukupnya
Bahan-Bahan Dipotong Dadu :
1 biji bawang besar
1 tin kecil nenas dalam tin/cendawan butang
1 biji tomato
1/2 biji lada benggala merah
1/2 biji lada benggala hijau
1/2 biji lada benggala kuning
1/2 biji timun
Cara Memasak :
1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit. Panaskan minyak secukupnya dan gorengkan ikan sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
2. Setelah itu, panaskan sedikit minyak di dalam kuali lain dan tumiskan bawang putih, halia, serai dan cili padi sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan daun limau purut, bunga kantan, sos cili dan sos tomato. Kacau rata dan sebati. Masukkan pula air secukupnya dan sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa dan biarkan seketika.
4. Akhir sekali, masukkan bahan-bahan yang dipotong dadu tadi. Biarkan sehingga lembut dan pecah minyak. Tuangkan sos tadi ke atas ikan siakap yang digoreng tadi.
5. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati...
No comments:
Post a Comment