KEK PISANG
▼
Monday, September 4, 2017
KACANG BUNCIS GORENG...
KACANG BUNCIS GORENG
Bahan-Bahan :
300 gm kacang buncis
1 keping tauhu ~ dihiris & digoreng
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Sedikit sos tiram (jika suka)
2 sudu besar minyak masak
Bahan Menumis :
60 gm hati lembu ~ dihiris ikut suka
1 tangkai cili merah ~ dihiris
3 ulas bawang merah ~ dihiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
Cara Memasak :
1. Kacang buncis dipotong ikut suka. Tauhu dihiris ikut suka dan digoreng sehingga sedikit garing.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan menumis sehingga wangi dan hati lembu berubah warna.
3. Masukkan kacang buncis, tauhu yang digoreng, air, garam dan sos tiram (jika guna) secukup rasa.
4. Tutup kuali dan biarkan sayur dan hati lembu masak. Sesuaikan rasa garamnya.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment