KEK PISANG
▼
Wednesday, September 20, 2017
KARI AYAM TANPA SANTAN...
KARI AYAM TANPA SANTAN
rujukan : https.buatoranglapo.com
Bahan-Bahan :
6-8 ketul ayam
1 biji bawang besar ~ ditumbuk
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1/2 inci halia ~ ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
5 sudu besar serbuk kari ayam/daging ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air
1 biji kentang ~ dipotong ikut suka
1 sudu besar sos tiram
Garam & gula secukupnya
Sedikit air limau kasturi
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih, bawang besar, halia yang telah ditumbuk, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan air. Kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam, kacau seketika. Kemudian masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang lembut.
4. Tambahkan garam, gula dan air limau secukup rasa. Masukkan juga sos tiram, kacau rata. Seimbangkan rasanya, tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
NOTA : Boleh tambah serbuk kari jika nak kuah lagi pekat...
No comments:
Post a Comment