KEK PISANG
▼
Saturday, September 2, 2017
KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE...
KARI IKAN TENGGIRI MAMAK STYLE
rujukan 1 : MaDiHaA
rujukan 2 : Azie Kitchen...
Bahan-Bahan :
5 keping ikan tenggiri (guna kepala ikan lagi sedap)
5 sudu besar rempah kari ikan ~ Alagappas atau BABAS
2 sudu besar cili kisar atau cili serbuk
2 tangkai daun kari ~ jangan dileraikan
1 sudu teh halba campur
Air asam jawa lebihkan sedikit ~ 1 sudu besar pes asam jawa ADABI
Garam secukup rasa
Air secukupnya untuk kuah
Bahan Kisar :
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 sudu teh serbuk lada hitam
Bahan Mayang :
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
3 biji cili padi ~ potong kecil
Bahan Rampai :
Terung ~ belah tengah ; atau
Kacang Bendi (saya ganti dengan kacang panjang)
Cili hijau atau cili merah
Buah tomato ~ belah dua
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak dan masukkan cili padi yang dipotong. Masukkan halba campur dan bahan-bahan yang dimayang. Setelah agak layu, masukkan cili kisar dan bahan-bahan kisar.
2. Kemudian masukkan rempah kari ikan. Masukkan 2 tangkai daun kari. (Jangan dileraikan daun itu sebab batang daun kari akan memberi aroma yang sedap pada kari). Masak sehingga hilang bau rempah. Masukkan sedikit air jika rempah nampak kering.
3. Setelah rempah sudah masak dan hilang bau, masukkan air asam jawa yang dibancuh dan ditapis, air secukupnya ikut kepekatan kuah yang disukai. Masukkan garam secukup rasa.
4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan bahan-bahan rampai. Masak sekejap sahaja supaya tak nak ikan masak terlalu lama dan hancur. Sesuaikan rasanya dan tambahkan apa yang kurang.
5. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment