KEK PISANG
▼
Tuesday, September 5, 2017
NASI AYAM PLANTA...
NASI AYAM PLANTA
rujukan : Pn Hajah Sabariah ~ Buku Resipi Planta)
Bahan Ayam :
1 ekor ayam ~ dipotong 10
3 sudu besar kicap pekat
1 senduk kecil kicap manis
1/2 senduk kecil gula
1 kiub pati ayam
3 sudu kecil minyak bijan
3 biji bawang putih ~ dikisar
5 inci halia ~ dikisar
Cara Memasak :
Rebus ayam yang telah dipotong dan dicuci bersih sehingga empuk. Air rebusan ayam jangan dibuang kerana akan digunakan untuk menanak nasi. Campurkan semua bahan-bahan di atas. Lumurkan pada ayam yang telah direbus tadi. Perap sekejap. Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam tadi.
Bahan Nasi :
4 cawan beras ~ cuci bersih & toskan
Air rebusan ayam secukupnya untuk menanak nasi (anggaran 5 cawan)
1 senduk kecil Planta
5 ulas bawang putih ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
2 batang serai ~ ketuk/titik
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
Garam secukup rasa
Sedikit pewana kuning (optional)
Cara Memasak :
Masukkan Planta ke dalam periuk nasi dan tumis sekejap bahan-bahan untuk menanak nasi. Masukkan air rebusan ayam dan beras. Tanak nasi sehinnga masak. Bila nasi hampir kering, titiskan dengan sedikit pewana kuning, jika guna dan teruskan memasak nasi sehingga kering. (saya menggunakan periuk nasi letrik).
Bahan Sos Cili :
3 ulas bawang putih ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
6 biji cili merah ~ kisar
2 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
3 sudu besar Planta
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
Campurkan semua bahan untuk membuat sos di dalam periuk. Masak di atas api sederhana dan kacau. Bila sudah 3/4 masak, masukkan 3 sudu besar Planta, untuk mendapatkan aroma dan sos yang berkilat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bahan Sos Kicap :
1 sudu besar Planta
2 ulas bawang putih ~ kisar
1 inci halia ~ kisar
1 senduk kecil kicap manis
3 biji cili padi ~ dihiris
Cara Penyediaan :
Tumiskan semua bahan sos kicap dengan Planta. Tambahkan hirisan cili padi untuk menambahkan kepedasan.
JUS LIMAU KASTURI
rujukan : Majalah RASA Disember 2014...
Saiz Hidangan : 2 orang
Bahan-Bahan :
3 biji limau kasturi
10 ketul ketulan ais
1 gelas air sejuk
15 gm gula
Cara Penyediaan :
1. Potong limau kasturi kepada dua bahagian dan perahkan jus ke dalam gelas. Elakkan dari mengambil bijinya.
2. Tambahkan air sejuk dan gula. Kacau sehingga gula menjadi larut.
3. Masukkan pula ketulan ais. Sebagai hiasan, masukkan dua@2 biji asam boi untuk menambahkan rasa.
sedapnyer..
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..😉
ReplyDeleteTerima kasih adda syuhada..😉
ReplyDelete