KEK PISANG
▼
Monday, September 25, 2017
SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM...
SAMBAL AYAM PERISA TOMYAM
rujukan : Majalah RASA.com.my
Bahan-Bahan :
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil, cuci bersih & toskan
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar pes tomyam
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 cm halia * ( * dikisar halus)
1 batang serai ~ dititik
1 biji bawang besar ~ dibelah empat/dihiris kasar
1 biji tomato ~ dipotong ikut suka (tambahan)
1/2 biji lada benggala hijau ~ dihiris memanjang (tambahan)
5 helai daun limau purut (tambahan)
Garam, lada sulah & gula secukupnya
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Ayam dilumur dengan sedikit garam dan lada sulah. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Di dalam kuali, panaskan 2 sudu makan minyak masak lalu tumiskan bahan-bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan serai, cili kisar dan pes tomyam lalu tumiskan lagi sehingga pecah minyak.
4. Tambahkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Didihkan seminit.
5. Masukkan bawang besar, lada benggala hijau, tomato, daun limau purut dan ayam yang digoreng tadi. Didihkan seminit dua lagi dan tutup api.
6. Angkat dan sedia dinikmati bersama nasi putih...
NOTA : Boleh dimasukkan cili padi jika mahu lebih pedas...
sedapnya
ReplyDelete