KEK PISANG
▼
Sunday, September 24, 2017
SAWI PUTIH KELEDEK MASAK LEMAK...
SAWI PUTIH DAN KELEDEK
MASAK LEMAK
rujukan : Majalah RASA Januari 2012
Bahan-Bahan :
1 biji ubi keledek kuning/putih ~ dipotong kiub & direbus sehingga empuk
3 tangkai sawi putih ~ dipotong ikut suka
1 biji lada merah ~ dihiris menyerong
50 gm ikan bilis ~ ditumbuk kasar
20 gm suhun ~ direndam seketika
3 ulas bawang merah ~ dihiris halus
200 ml santan pekat
300 ml air
Garam & gula secukup rasa
Cara Memasak :
1. Satukan santan pekat, air, bawang merah dan ikan bilis di dalam periuk.
2. Masak di atas api yang sederhana sehingga mendidih. Kacau sentiasa perlahan-lahan.
3. Masukkan suhun (toskan airnya dulu), keledek dan sawi.
4. Akhir sekali masukkan hirisan cili merah, garam dan gula secukup rasa. Kacau seketika.
5. Angkat dan sedia dihidangkan bersama nasi panas...
No comments:
Post a Comment