KEK PISANG
▼
Wednesday, September 6, 2017
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM...
SUP TELUR CENDAWAN TIRAM
rujukan : Majalah RASA Mei 2016
Saiz Hidangan : 2-3 orang
Bahan-Bahan :
2 biji telur
5 biji bawang merah ~ dikisar
2 ulas bawang putih ~ dikisar
10 tangkai cendawan tiram ~ dipotong
Sedikit bunga kobis ~ dipotong (saya guna jagung muda)
Sedikit daun sup ~ diracik kasar
Sedikit suhun ~ direndam & ditoskan
1 mangkuk air
Garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit wangi. Apabila sudah naik bau, masukkan air. Kacau perlahan.
2. Apabila kuah sudah mendidih, masukkan cendawan tiram, bunga kobis/jagung muda dan suhun.
3. Kecilkan api untuk masukkan telur satu persatu. Biarkan kira-kira 3 minit.
4. Taburkan dengan hirisan daun sup. Angkat dan sedia dihidangkan...
sedap yang amat tu kalau dapat!!hahaha
ReplyDeleteTerima kasih, memang sedap bila orang demam makan ni😂
ReplyDelete