KEK PISANG
▼
Tuesday, October 10, 2017
ASAM PEDAS LADA HITAM...
ASAM PEDAS LADA HITAM
rujukan : Hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ikan pari (anggaran 2 keping saiz sederhana ~ dipotong kecil)
2 biji tomato ~ dipotong 4 setiap satu
1 cawan air asam jawa
2 batang serai ~ dititik
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Daun sup secukupnya ~ dipotong pendek
Bahan-Bahan Dikisar :
15 biji cili padi
2 sudu besar lada hitam
2 cm halia
2 cm kunyit hidup
2 cm belacan
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
Cara Memasak :
1. Basuhkan ikan pari dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar bersama serai sehingga wangi dan masak ataupun garing.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.
4. Masukkan ikan, garam secukup rasa dan buah tomato.
5. Biarkan kuah mereneh sehingga agak pekat.
6. Masukkan potongan daun sup dan hidangkan bersama nasi putih...
INFO : Bagi menghilangkan hanyir ikan, rendamkan sebentar dengan asam limau ataupun asam jawa yang dicampur dengan garam. Bilas dan toskan sehingga kering. Asam pedas yang menggunakan air asam jawa lebih sedap berbanding asam keping...
pehhhh. nampak sedap. hehe.
ReplyDelete