KEK PISANG
▼
Sunday, October 22, 2017
AYAM ADOBO...
AYAM ADOBO
rujukan : Majalah Sedap/bil 90/2015...
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam, dipotong 12 bahagian
1 labu bawang besar, dicincang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang
2 helai daun bay kering
3 sudu makan kicap manis
300 ml air
1 sudu teh lada hitam kasar
1/2 sudu makan garam
1 sudu teh gula pasir
2 sudu teh cuka makan
2 sudu makan minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak, tumiskan bawang besar,bawang putih dan daun bay sehingga terbit aroma.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga berubah warna.
3. Masukkan kicap manis, kacau rata.
4. Masukkan lada hitam, garam dan gula,kacau rata. Tuangkan air, masak sehingga matang dan sedikit berkuah.
5. Masukkan cuka, kacau rata. Tutup api, sedia dihidangkan...
INFO : Adobo (dari bahasa Sepanyol .. adobar, iaitu "perapan", "sos" atau "perasa") adalah hidangan popular dalam masakan Filipina. Hidangan ini biasanya dimasak dengan menggunakan daging, makanan laut atau sayur-sayuran yang dimasak secara perlahan-lahan dalam cuka, minyak, kicap, bawang putih, daun bay dan lada hitam...
No comments:
Post a Comment