KEK PISANG
▼
Friday, October 20, 2017
AYAM MASAM-MASAM MANIS...
AYAM MASAM-MASAM MANIS
sumber : Majalah SAJI Januari 2003
Bahan-Bahan :
1 ekor ayam ~ dipotong 12 & dibersihkan
3 labu bawang besar ~ dimayang bulat
2 tangkai cili merah ~ dipotong menyerong
2 tangkai daun bawang ~ dikerat 3 cm
4 sudu besar kicap pekat
5 sudu besar sos cili
3 ulas bawang putih *
4 cm halia *
6 ulas bawang merah * ( * ditumbuk halus )
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng & menumis
1 sudu kecil serbuk kunyit
Cara Memasak :
1. Ayam ditoskan kemudian digaul dengan garam dan serbuk kunyit sebelum digoreng sehingga masak (tidak perlu garing).
2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan tumbuk. Kacau sehingga naik aromanya dan masukkan sos cili, kicap dan sedikit air.
3. Bila kuah mendidih dan pekat, masukkan ayam, bawang besar, cili merah, garam dan gula. Kacau sehingga rata dan bila bawang layu sedikit, taburkan daun bawang dan angkat...
No comments:
Post a Comment