KEK PISANG
▼
Saturday, October 21, 2017
IKAN MASAK KICAP PEDAS...
IKAN MASAK KICAP PEDAS
Bahan-Bahan :
6 ekor ikan kembung saiz sederhana atau ikan pilihan ~ cuci bersih, lumur garam kunyit & goreng
8 ulas bawang merah *
4 ulas bawang putih *
1 inci halia * ( * dikisar )
2 sudu besar cili kisar
3 biji cili merah/hijau ~ dihiris
1 biji bawang besar saiz sederhana ~ dihiris bulat & leraikan
Garam & gula secukupnya
Kicap, sos tomato, sos tiram secukupnya
Sedikit cuka masakan
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak atau secukupnya. Tumiskan bahan kisar sehingga wangi dan masukkan cili kisar. Teruskan menumis sehingga cili kisar masak, garing dan terbit minyak.
2. Masukkan sedikit air, kicap, sos tomato, sos tiram secukupnya dan sedikit cuka masakan.
3. Masak sehingga mendidih. Akhir sekali, masukkan bawang dan cili hiris dan sesuaikan rasanya.
4. Masukkan garam secukupnya dan sedikit gula. Tutup api dan masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
5. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment