MASAK LEMAK SAYUR KOBIS
Bahan-Bahan :
500 gm kobis
1 batang lobak merah saiz kecil
3 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji cili merah ~ dihiris
1 cawan air
2 cawan santan pekat dari 1/2 biji kelapa
1 sudu besar udang kering/ikan bilis
Garam secukup rasa
Cara Memasak :
1. Semua sayur dipotong mengikut kesesuaian masakan. Basuh dan toskan.
2. Masukkan kesemua bahan kecuali santan pekat ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan santan pekat dan sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak@naik minyak.
4. Apabila mendidih, tutup api dan hidangkan...
No comments:
Post a Comment