KEK PISANG
▼
Tuesday, November 14, 2017
KARI AYAM TANPA SANTAN...
KARI AYAM TANPA SANTAN
Bahan-Bahan :
1/4 ekor ayam ~ dipotong, cuci bersih & toskan
4 biji bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1/2 inci halia * (* ditumbuk/dikisar)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 pelepah daun kari
4 sudu besar serbuk kari ~ dibancuh dengan sedikit air
2 cawan air atau secukupnya
1 biji kentang ~ dibelah 4
Garam & gula secukup rasa
1 keping asam gelugur atau sedikit air limau kasturi
1 sudu besar sos tiram (optional)
Cara Memasak :
1. Tumiskan bahan tumbuk/kisar, daun kari, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga naik bau.
2. Masukkan pes serbuk kari, kacau sehingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan kacau sebentar.
4. Masukkan air dan kentang. Biarkan sebentar sehingga kentang lembut/empuk.
5. Tambahkan garam, gula secukupnya dan asam gelugur/air limau kasturi. Masukkan juga sos tiram (jika guna). Seimbangkan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment