KEK PISANG
▼
Thursday, December 21, 2017
IKAN GORENG BERKICAP...
IKAN GORENG KICAP
rujukan : cookbook
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan selar atau ikan pilihan
1 sudu kecil garam halus
3 ulas bawang merah *
2 ulas bawang putih *
1 inci halia *
1 biji cili merah * ( * hiris )
1 biji bawang besar ~ potong bulat (tak letak)
1/3 cawan kicap pekat manis
1/2 sudu besar gula
1 biji tomato ~ potong baji
Sedikit air
Minyak masak secukupnya
Cara Memasak :
1. Ikan dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng hingga masak. Angkat, ketepikan.
2. Buang minyak lebihan ikan tadi dan tinggalkan anggaran 3 sudu besar.
3. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia hingga berbau wangi.
4. Masukkan kicap dan air secukupnya. Kacau, masukkan gula.
5. Masukkan cili merah, tomato dan bawang besar.
6. Kacau rata. Sesuaikan rasanya dan curahkan di atas ikan tadi.
7. Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment