KEK PISANG
▼
Tuesday, December 19, 2017
KARI AYAM MELAKA...
KARI AYAM MELAKA
Bahan-Bahan :
6 ketul ayam (saya guna 1/4 ekor potong kecil)
4 sudu makan serbuk rempah kari daging (dibancuh dengan sedikit air)
2 sudu makan cili kering kisar
1 keping asam gelugur
1 biji ubi kentang (dibelah 4)
1 1/2 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak
Bahan-Bahan Dikisar :
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji buah keras
1 batang serai
1 inci halia
1 inci belacan
Cara Memasak :
1. Panaskan minyak. Tumis bahan dikisar, cili kering kisar dan serbuk rempah kari daging sehingga garing dan pecah minyak.
2. Masukkan ubi kentang dan santan. Kacau selalu agar tidak pecah minyak. Masak sehingga ubi kentang empuk.
3. Masukkan ayam dan asam gelugur. Masak sehingga mendidih dan ayam masak sepenuhnya.
4. Masukkan garam dan gula secukupnya. Kacau seketika.
5. Tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment