KEK PISANG
▼
Friday, December 29, 2017
SAMBAL KICAP AYAM...
SAMBAL KICAP AYAM
rujukan : hanieliza...
Bahan-Bahan :
500 gm ayam
2 batang serai ~ diketuk
5 helai daun limau purut ~ dikoyak
2 biji tomato ~ dibelah 4 setiap satu
5 sudu besar kicap
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar minyak masak
Garam (sekiranya perlu)
Bahan dikisar :
20 tangkai cili kering ~ rebus sehingga lembut
5 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Buangkan kulit ayam dan potong kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dengan serai hingga wangi dan garing.
3. Masukkan ayam dan kacau. Biarkan hingga ayam lembut dan naik minyak.
4. Masukkan daun limau purut, sos tomato dan kicap. Kacau rata.
5. Masakkan hingga naik minyak. Akhir sekali masukkan tomato, biarkan seketika. Kacau rata.
6. Sesuaikan rasa, tutup api dan sedia dihidangkan...
TIPS : Sos tomato boleh digantikan dengan 3 biji tomato yang dikisar dengan cili, kemudian ditumis hingga pekat dan naik minyak...
No comments:
Post a Comment