KEK PISANG
▼
Monday, January 15, 2018
AYAM MASAK TOMYAM...
AYAM MASAK TOMYAM
sumber : Majalah SAJI Januari 2018...
Bahan-Bahan :
4 keping dada ayam ~ hiris nipis
2 sudu besar pes tomyam
3 sudu kecil sos ikan
1 biji tomato ~ potong dadu
3 sudu besar jus limau kasturi
3 tangkai daun kesum
3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
4 tangkai daun bawang ~ hiris
2 tangkai cili merah ~ hiris
250 gm kacang pis (ganti dengan 1/2 batang celery ~ hiris nipis)
Minyak masak untuk menumis
Cara Memasak :
1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih dan cili merah sehingga wangi.
2. Masukkan ayam, kacau sehingga ayam bertukar warna keperangan.
3. Kemudian masukkan pes tomyam, sos ikan, jus limau kasturi dan sedikit air. Kacau rata.
4. Selepas itu, masukkan kacang pis atau celery dan kacau rata. Jika perlu tambahkan air.
5. Kemudian masukkan tomato, daun kesum dan daun bawang. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan...
No comments:
Post a Comment