KEK PISANG
▼
Friday, January 19, 2018
FUSILI GORENG BERCILI...
FUSILI GORENG BERCILI
rujukan : Majalah Aroma Disember 2014@resipiibundo...
Bahan-Bahan :
1 cawan fusili yang sudah direbus
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 biji bawang besar ~ didadu
2 ulas bawang putih ~ dicincang halus
1 sudu besar pes cili
5 ekor udang ~ dikupas kupas separuh, cuci bersih & toskan
2 ekor sotong ~ hiris bulat atau ikut suka
50 gm daging ~ hiris nipis
4 batang kacang panjang ~ dipotong-potong
1/4 capsicum merah ~ didadu (saya guna cili merah jer)
4 biji tomato ceri ~ dibelah dua
Cara Penyediaan :
1. Panaskan minyak zaitun. Tumis bawang putih dan bawang merah. Apabila naik bau, masukkan pes cili. Goreng sehingga masak.
2. Masukkan daging. Gaul sehingga empuk kemudian masukkan pula udang dan sotong.
3. Tambahkan kacang panjang dan gaul rata. Masukkan capsicum, tomato ceri dan fusili.
4. Gaul rata, sesuaikan rasa dan tutup api.
5. Sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment