KEK PISANG
▼
Wednesday, January 17, 2018
GULAI LEMAK CILI API
IKAN KELI SALAI
Bahan-Bahan :
4 ekor ikan keli yang sudah siap disalai
2 batang serai ~ dititik
1 helai daun kunyit ~ di carik-carik
2 kotak kecil santan pekat
2 kotak kecil air (sukat guna kotak santan yang sama)
2 keping asam gelugur
Garam & serbuk perasa secukupnya
Bahan Tumbuk Lumat :
Segenggam cili api
2 inci kunyit hidup
Cara Memasak :
Masukkan bahan tumbuk lumat dan sedikit air ke dalam periuk. Masak sehingga airnya kering. Masukkan santan pekat dan air. Kemudian masukkan kesemua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih dengan api sederhana dan dikacau selalu untuk mengelakkan pecah lemak. Sesuaikan rasanya, tutup api dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment