KEK PISANG
▼
Saturday, January 20, 2018
IKAN MASAK MASAM MANIS...
IKAN MASAK MASAM MANIS
Bahan-Bahan :
1 ekor ikan siakap ~ dicuci bersih & toskan
1 biji bawang besar ~ dihiris kasar
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 cm halia ~ dihiris
2 biji cili merah ~ dihiris
1/4 biji capsicum hijau ~ dihiris memanjang
1 pokok daun bawang
4 biji cendawan butang ~ dihiris
Garam & gula secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak
Bahan Sos :
5 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air
Cara Memasak :
1. Ikan dilumur dengan garam dan serbuk kunyit. Gorengkan hingga garing.
2. Terbalikkan kedua-dua bahagian supaya masak rata. Kemudian ketepikan.
3. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia.
4. Apabila wangi, masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan air. Kacau rata.
5. Masukkan juga cili merah, capsicum hijau, cendawan butang, garam (sekiranya perlu) dan gula.
6. Apabila kuah pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digoreng tadi.
7. Taburkan daun bawang dan sedia dihidangkan...
No comments:
Post a Comment