KEK PISANG
▼
Saturday, January 13, 2018
RENDANG AYAM IBU...
RENDANG AYAM IBU
rujukan : Majalah SAJI Januari 2018...
Bahan-Bahan :
1 kg ayam ~ dipotong ikut citarasa
8 ulas bawang merah ~ hiris
2 cawan santan
5 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
3 sudu besar serbuk kari daging
2 sudu besar pes cili
3 sudu besar gula merah/gula melaka
2 helai daun kunyit ~ hiris
Garam secukupnya
Bahan Kisar :
3 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
1 cm halia
1 cm lengkuas
3 batang serai
Bahan Tumis :
1 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
Cara Memasak :
1. Tumis bawang merah sehingga layu dan naik bau.
2. Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
3. Selepas itu, masukkan bahan kisar, serbuk kari daging dan pes cili, masak sehingga terbit minyak.
4. Masukkan potongan ayam, santan, asam gelugur dan kacau sebentar.
5. Akhir sekali, masukkan gula merah/gula melaka, kerisik dan daun kunyit. Masak sehingga agak pekat dan perasakan dengan garam secukup rasa. Untuk lebih enak, gula Melaka yang digunakan perlulah secukupnya. Kemudian lebihkan daun kunyit dan kerisik...
No comments:
Post a Comment