KEK PISANG
▼
Tuesday, January 23, 2018
SUP PETOLA DENGAN TELUR...
SUP PETOLA DENGAN TELUR
Bahan-Bahan :
1 biji petola ~ buang kulit kerasnya & potong ikut citarasa
4 ulas bawang putih ~ ketuk
1 sudu besar sos tiram atau secukupnya
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 batang lobak merah ~ hiris ikut citarasa
1 biji telur ~ dipukul sedikit dengan garfu
2 1/2 cawan air
Garam & gula secukup rasa
Minyak untuk menumis
Cara Memasak :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan air, sos tiram, garam, gula dan serbuk lada hitam.
Biarkan mendidih. Masukkan lobak merah, biarkan hingga sedikit lembut.
Masukkan telur dan kacau hingga rata.
Akhir sekali masukkan petola, masak hingga petola agak-agak masak tetapi jangan terlalu empuk.
Agak-agak bila makan rasanya masih rangup.
Sedia untuk dihidangkan...
No comments:
Post a Comment